Program Jelajah ICT bersama PDK Duyoh

7 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2018, PI Bogag dengan kerjasama PI Tjg Bowang dan PI Krokong telah menjalankan program jelajah ICT di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Duyoh. Program yang disertai oleh 5 orang pelatih dan 4 orang petugas PDK Duyoh ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 dan tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memperkenalkan peserta tentang cara menghasilkan ‘pop up card’ Krismas berpandukan video tutorial dari Youtube. Selain daripada itu, peserta juga diperkenalkan dengan komponen asas komputer dan fungsinya sebelum mereka diajar asas menaip huruf dan abjad menggunakan MS Word. Selepas itu, kempen kesedaran advokasi e-sisa juga dijalankan untuk memberikan kesederan kepada para peserta tentang pentingnya mengetahui cara pelupusan bahan elektronik secara berhemah.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali